Blog ini datang dari tahap pemikiran yang paling rendah. Ini kerana blog ini menceritakan kisah diri sendiri. Dan ketahuilah bercerita mengenai diri sendiri datang dari pemikiran bertahap rendah.
Gambar ini diambil pada 1964 atau 1965. Ia diambil oleh bapa saudara aku yang aku panggil Pak Cek. Bukan sekeping ini sahaja yang diambil oleh Pak Cek. Ada beberapa keping sebenarnya. Salah satu gambar jari aku betul-betul menegak betul-betul di hadapan muncung burung tiong tersebut. Nantilah, mungkin bila aku ketemu gambar tersebut aku akan copy dan buboh di sini. Gambar tersebut tersiar dalam majalah URTV tahun 1970an dan menang hadiah pertama untuk bulan itu dengan judul "Ini Berapa".
Namun menurut Pak Cek,
tajuk yang diberinya lnamun pihak URTV pula memberi tajuk yang lebih menarik iaitu "Ini Berapa" Tajuk "Ini Berapa" ini bagi aku sangat menarik bunyinya dan bersempena dengan itu aku namakan blog ini (yang mungkin akan jadi laman web) dengan nama "Ini Berapa".
Aku ada banyak kisah-kisah masa kecil sehinggalah ke alam tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kenapa aku begitu berminat bercerita mengenai alam persekolahan? Kerana aku melalui tujuh buah sekolah semuanya. Ini tidaklah banyak. Mungkin di luar sana ramai lagi yang kehidupannya berpindah-randah disebabkan keadaan pekerjaan ayah masing-masing atau lain-lain hal yang menjadikan mereka terpaksa pindah banyak sekolah.

No comments:
Post a Comment